共享汽车成企业争夺新市场 产业发展仍面临多因
Wiki Cinta Budaya ialah sebuah pertandingan media di peringkat global yang diadakan secara tahunan di Wikimedia Commons, bertujuan untuk mendokumentasikan kepelbagaian budaya di seluruh dunia. Wiki Cinta Budaya 2025 dibangunkan atas kejayaan kempen tahun 2024, meneruskan kesinambungan dalam memfokuskan untuk meraikan kebudayaan tradisi. Inisiatif ini mula digerakkan sekitar tahun 2018, diilhamkan dari kempen Wiki Loves Love 2019, yang menyoroti upacara dan festival yang berpaksikan cinta.
Pertandingan fotografi ini meraikan kekayaan budaya yang pelbagai di seluruh dunia, menampilkan kategori yang merangkumi (namun tidak terhad kepada) festival rakyat, tarian, muzik, aktiviti, permainan, masakan, pakaian, dan pelbagai ragam tradisional. Ia merangkumi balada, cerita rakyat, cerita dongeng, cerita lagenda, perayaan bermusim, ritual berkala, seni rakyat, kepercayaan dan mitologi. Untuk mendapatkan lebih inspirasi dan contoh yang lebih meluas, kami menjemput anda untuk menjelajahi laman Kategori kami.
Peraduan media ini menjemput para jurugambar di seluruh dunia untuk mendokumentasikan dan meraikan kekayaan warisan budaya di peringkat global, merangkumi kesemuanya dari budaya rakyat, cerita dongeng dan budaya mistik sehingga kebudayaan bukan kebendaan seperti gaya lisa tradisi, bahasa dan seni persembahan seperti tarian budaya, muzik tradisional, lagu tradisi dan perayaan seperti Europeade. Kami mengalu-alukan gambaran mengenai amalan sosial, ritual, acara perayaan dan tradisional seperti Gavari, serta pengetahuan dan amalan berkaitan semula jadi dan alam semesta. Selain itu, tema yang bersesuaian menggalakkan penerokaan terhadap ketukangan tradisional, pakaian rakyat, muzium rakyat, tradisi masyarakat dan permainan rakyat dan aktiviti seperti gusti rakyat, yang akhirnya menonjolkan kebudayaan warisan lebih meluas dan mendalam bagi membentuk pengalaman kita bersama.
Hadiah Kempen
Hadiah Wiki Cinta Budaya di peringkat antarabangsa adalah seperti berikut:
Kategori foto
- Hadiah tempat pertama: 500 USD
- Hadiah tempat kedua: 400 USD
- Hadiah tempat ketiga: 300 USD
- Hadiah tempat keempat: 200 USD
- Hadiah tempat kelima: 100 USD
- Hadiah Sumbangan Penting 10 Teratas: 50 USD setiap pemenang
Kategori Video
- Hadiah Video Tempat Pertama - (cerita lisan terbaik) 150 USD
- Hadiah Video Tempat Kedua - (cerita bervideo terbaik) 100 USD
- Hadiah Video Tempat Ketiga - (Video kelestarian budaya rakyat) 100 USD
Kategori Audio
- Hadiah Audio Tempat Pertama - (terbaik keseluruhan) 150 USD
- Hadiah Audio Tempat Kedua - (siri audio siar budaya rakyat terbaik) 150 USD
Hadiah Komuniti
Kategori pemuat naik terbaik
- Hadiah Pemuat naik terbaik pertama 250 USD
- Hadiah Pemuat naik terbaik kedua 150 USD
- Hadiah Pemuat naik terbaik ketiga 100 USD
- Anugerah kecemerlangan untuk dua (2) orang penyumbang - (Menghargai penyumbang yang bekerja keras dalam menyusun acara, menyelaras peserta, atau menyumbang kepada kejayaan pertandingan ini. (Baucar hadiah dan sijil))
- Poskad Wiki Cinta Budaya untuk 100 pemuat naik teratas
- Sijil dan poskad untuk Penganjur Tempatan.
(Penafian: Hadiah hanya diedarkan dalam bentuk kad hadiah atau baucar jenama utama, bersamaan dengan jumlah mengikut kadar mata wang tempatan.)
Hadiah serantau
Hadiah serantau dianugerahkan kepada 3 entri media yang dipilih juri untuk wilayah berikut.
- MENA - (Timur Tengah & Afrika Utara)
- SSA - Afrika Sub-Sahara
- SA - Asia Selatan
- ESEAP - (Asia Timur, Asia Tenggara, & Pasifik)
- LAC - Amerika Latin & Caribbean
- NA - Amerika Utara
- NWE - Eropah Utara & Barat
- CEECA - Eropah Tengah, Eropah Timur & Asia Tengah
Anugerah mengikut wilayah
- Anugerah Kejuaraan Serantau: $150
- Anugerah serantau di tempat kedua: $100
- Anugerah Penyumbang Serantau: $50
Garis Masa
Garis masa WLF 2025 adalah seperti berikut
- 1 Februari - 31 Mac, 2025
- Mula menghantar: 1 Februari 2025 00:01 (UTC)
- Tarikh akhir penghantaran: 31 Mac 2025 23:59 (UTC)
- Keputusan dikeluarkan: Sekitar 15 Julai 2025
Apa yang kami tidak terima
Kami tidak akan menerima media:
- Luar skop Projek Commons
- Yang kekurangan maklumat EXIF.
- yang diproses secara berlebihan dan diubah secara digital.
- Imej pornografi dan bahan lucah.
- Karya dengan masalah hak cipta, dan lain-lain.
Hubungi kami
Terdapat beberapa cara untuk hubungi kami:
- Tuliskan pada kami di laman perbincangan.
- Hantar emel kepada kami di support
wikilovesfolklore.org
- Berkomunikasi dengan kami melalui Twitter, Facebook or Instagram
Tokoh dan aktiviti rakyat
Masakan rakyat
Tarian rakyat
Pesta rakyat
Muzik rakyat
Busana/pakaian rakyat
Terdapat juga pertandingan menulis Feminism and Cerita Rakyat 2025 bermula 1 Februari 2025 sehingga 31 Mac 2025. Cipta atau kembangkan artikel berkaitan feminism, biografi tokoh wanita dan topik yang memfokuskan kewanitaan untuk projek yang selari bersama Wiki Cinta Budaya yang menumpukan kepada jurang jantina dengan tema budaya rakyat di Wikipedia. Sertai sekarang dalam bahasa tempatan anda.